pengalaman paling lucu hahahha...

assalamualaikum pembuka bicara.. hari aku ada kisah lucu untuk dikongsi bersama teman2 semua haha.. kisah nie baru jer berlaku pada 25 februari lepas hahha... kisah nie bermula apabila aku bersama dgn kawan ku tengah buat site visit kat kolej murni nilai.. ok lepas settle semua tgk2 bilik.. aku bersama dgn black (bukan nama sebenar.. nama btol aku x tau hahah) pon turun nk jmpa org yang in-charge projek nie... dgn yakin kitaorg naik lif.. pastu tiba2 jer lif tu jd gelap.. aku dlm hati ahhh sudah mampus aku terperngkap dalam lif..masa tu aku dgn black dah gelabah.. yelah terpenrangkap dlm lif sapa x cuak hahaha... puas duk tekan2 locen ar.. call operator lahh.. tp tiba2 tgn black gatal pegi tekan butang buka.. pastu pintu pon terbuka dan kitorg still kat tngkat yg sama x turun2 lagi hahha apa lg trus cabut turun pakai tangga hahah.. pastu sementara tunggu jap black ajak ar minum2.. masa minum2 tu dia bru teringat yg aku dgn dia x tekan tingkat brapa masa nk turun patut pon jd mcm tu.. hahah msti korg pelik kan knp tiba2 lif tu gelap.. meh sini aku terangkan haha.. lif tu bile xda penghuni nk guna dia akn automatik gelap utk jimatkan penggunaan elektirk.. dlm kes aku nie.. kiorg lupa nk tekan so dia pon automatiklah gelap sbub xda sapa nk guna hhahaha.. sumpah klaka... sib baik x call bomba lau x kna jd bahan jer ahahaha.. so sebgai pngajaran. naiklif tu jgn main naik jer.. sile tekan skali ea, hahahah lau x jd mcm kes kiorg huhahahahah...

senyum.. x susah pon hahah

assalamualaikum pembuka bicara.kejadian nie berlaku tatkala aku slalu kuar nk pergi makan tengah hari.. aku selalu nampak seorg lelaki dlm lingkugan 30-an kayuh basikal.. dia nmpak mcm kurang sihat,, x kn nk ckp gila.. kasar sgt tu,, hehehe.. tp yg membuat aku betul2 tersentuh nye.. tatkala aku melepasi nya msti dia senyum kat aku.. aku pon balas lah .. dpt tgk riak wajahnya seronok.. aku tgk dia berlalu... hatiku jd sebak.. terharu... org kurang waras pon mampu tersenyum bila terjmpa org... inikan kite yang waras bukan main susah nk senyum,, lg2 lau kete bertmbung.. ketat jer muka... bukan semua org susah nk senyum. tp hnya segelintir sahaja yg amat2 mudah utk tersenyum.. bukan apa.. dgn senyuman org yg tgh marah pon x jd marah.. x caya cubalah.. heheheh so senyum selalu or bak kata org terengganu.. senyum sokmo.. heheheh :)
senyum pakcik jgn x senyum..

bersyukur dgn apa yg ada..

assalamualaikum pembuka bicara. maaflah lama x update heheh xtau nk coretkan apa kat blog hehehe.. oklah bebel pnjang pon x guna.. kali nie aku nk bercerita tntg syukur..ya ramai tau apa makna syukur.. tp berapa ramai yg x tau bersyukur dgn apa yg kite dpt.. btol x? pekara nie bukan blaku kat org lain tp pd dirku juga.. sungguh kadnng2 kite x sedar nikmat yg ALLAH berikan pada  kite tu dah byk tp x pnah pon kite bersyukur... sbgai cntoh brapa ramai yg ucapkan syukur selepas bru bgun dri tido.. msti tak ramai kan..satu lg.. penah x kite bersyukur dgn makanan yg kite mkn setiap hari.. pnah x terpikir org2 yg x berkemampuan utk mmbeli makanan atau lg teruk kekurngan bekalan makanan... kite sebagai manusia lebih2 lagi umat islam harus bersyukur dg setiap nikmat yg ALLAh kurniakan kepada kite.. igat buka susah pon bersyukur,,, x pnjang pon,,, ucap alhamdulillah pon dah kire syukur kan.. renung2kan slamat beramal..

cara kenalpasti kulit babi

assalamualaikum pembuka bicara.. kali nie aku nk tunjukkan cara2 nk knalpasti kulit babi. pnting nie coz kite sbagai umat islam harus tahu. sbub ia dah byk kat pasaran hari nie..
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.


Sumber: http://kaki-haru.blogspot.com/2012/02/cara-mengenali-barang-diperbuat.html#ixzz1lg23hsA9 

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.