lagu berhantu....

assalamualaikum pembuka bicara hahahaha.. lagu nie mmg berhantu pon.. ada org bg kat aku suh dgr.. bile dah dgr skali.. trus x dpt lupakan hahahhaa... nk tau lagu per.. jom tgk vidoe nya... layannnnn

kebanggan rakyat malaysia..

assalamualaikum pembuka bicara... minggu depan seluruh rakyat malaysia akan berbangga sebub sebuah pesawat penumpang superjumbo akan sampai di klia. a380.. whuhuhuh besar woooo.. x sabar2 nk tgk
tada.. ni lah kapal terbangnya.. hahahah x sabar nk tgk weii

broga hill

assalamualaikum pembuka bicara.. hahah sbenarnye aku dah pegi lma dah broga hill tp baru jer arinie nak menulis mengenainya,, hahahh maklumlah tak ada idea nk tulis hhaahha.. boleh tahan gak lah broga hill nie.. cantik view dia... sejuk jer mata memadang.. masa nie aku pergi dgn fadly nazmi(bapak), sani,linda, sayuti,naziha dan ayie.. haha tp kitorg bertolak agak lewat so x dpt nk tgk matahari terbit.. xpe2 lain kali diorg nk pegi lg so buleh ar pegi awal2 sket hahaha.. niejalah gambar yang kiteorg smpat amik hahah
 
 
hahah tu jer gmbar nye hehhe biasalah saya xda kamera mahal

enjoy bersama kawan2....

assalamualaikum pembuka bicara.. harinie tanggal 18 mac 2012.. aku bersama2 dgn adik2 aku kuar mkn2 dgn kawan2 lama kat kolej dlu.. hahah best gler.. lma x jmpa diaorg.. sumpah rindu gler.. kitorg mkn2 kat kpai pecallele kat padang jawa.. sedap woo kedai simple jer tp ramai org mknan pon sedap.. nyum2 hahahaha..tp yg sedihnye... gmbar lah plak x da hahhaha.. so tnggu ar diaorg upload kat fb nnti hahhaha

dream scene cool..

assalamualaikum pembuka bicara.. penah tak korang semua rasa bosan dgn wallpaper korg? x tahu nk pkai yang mana? so korg patut cuba dream scene.
apa itu dream scene.. dream scene nie adalah satu software yang akan membuatkan wallpaper korg semua bergerak2, haaa hebat kan so jgn buang masa lg just pg kat sinihttp://www.thewindowsclub.com/windows-7-dreamscene-activator-released kmudian download n follow apa yg diorg ckp tulis kat stu.. utk piliha wallpaper korg boleh pg sini http://dreamscene.org/gallery.php.. atau pon korg boleh guna .mpg & .wmv video formats. selamt mencuba.. hahah

pengalaman paling lucu hahahha...

assalamualaikum pembuka bicara.. hari aku ada kisah lucu untuk dikongsi bersama teman2 semua haha.. kisah nie baru jer berlaku pada 25 februari lepas hahha... kisah nie bermula apabila aku bersama dgn kawan ku tengah buat site visit kat kolej murni nilai.. ok lepas settle semua tgk2 bilik.. aku bersama dgn black (bukan nama sebenar.. nama btol aku x tau hahah) pon turun nk jmpa org yang in-charge projek nie... dgn yakin kitaorg naik lif.. pastu tiba2 jer lif tu jd gelap.. aku dlm hati ahhh sudah mampus aku terperngkap dalam lif..masa tu aku dgn black dah gelabah.. yelah terpenrangkap dlm lif sapa x cuak hahaha... puas duk tekan2 locen ar.. call operator lahh.. tp tiba2 tgn black gatal pegi tekan butang buka.. pastu pintu pon terbuka dan kitorg still kat tngkat yg sama x turun2 lagi hahha apa lg trus cabut turun pakai tangga hahah.. pastu sementara tunggu jap black ajak ar minum2.. masa minum2 tu dia bru teringat yg aku dgn dia x tekan tingkat brapa masa nk turun patut pon jd mcm tu.. hahah msti korg pelik kan knp tiba2 lif tu gelap.. meh sini aku terangkan haha.. lif tu bile xda penghuni nk guna dia akn automatik gelap utk jimatkan penggunaan elektirk.. dlm kes aku nie.. kiorg lupa nk tekan so dia pon automatiklah gelap sbub xda sapa nk guna hhahaha.. sumpah klaka... sib baik x call bomba lau x kna jd bahan jer ahahaha.. so sebgai pngajaran. naiklif tu jgn main naik jer.. sile tekan skali ea, hahahah lau x jd mcm kes kiorg huhahahahah...

senyum.. x susah pon hahah

assalamualaikum pembuka bicara.kejadian nie berlaku tatkala aku slalu kuar nk pergi makan tengah hari.. aku selalu nampak seorg lelaki dlm lingkugan 30-an kayuh basikal.. dia nmpak mcm kurang sihat,, x kn nk ckp gila.. kasar sgt tu,, hehehe.. tp yg membuat aku betul2 tersentuh nye.. tatkala aku melepasi nya msti dia senyum kat aku.. aku pon balas lah .. dpt tgk riak wajahnya seronok.. aku tgk dia berlalu... hatiku jd sebak.. terharu... org kurang waras pon mampu tersenyum bila terjmpa org... inikan kite yang waras bukan main susah nk senyum,, lg2 lau kete bertmbung.. ketat jer muka... bukan semua org susah nk senyum. tp hnya segelintir sahaja yg amat2 mudah utk tersenyum.. bukan apa.. dgn senyuman org yg tgh marah pon x jd marah.. x caya cubalah.. heheheh so senyum selalu or bak kata org terengganu.. senyum sokmo.. heheheh :)
senyum pakcik jgn x senyum..

bersyukur dgn apa yg ada..

assalamualaikum pembuka bicara. maaflah lama x update heheh xtau nk coretkan apa kat blog hehehe.. oklah bebel pnjang pon x guna.. kali nie aku nk bercerita tntg syukur..ya ramai tau apa makna syukur.. tp berapa ramai yg x tau bersyukur dgn apa yg kite dpt.. btol x? pekara nie bukan blaku kat org lain tp pd dirku juga.. sungguh kadnng2 kite x sedar nikmat yg ALLAH berikan pada  kite tu dah byk tp x pnah pon kite bersyukur... sbgai cntoh brapa ramai yg ucapkan syukur selepas bru bgun dri tido.. msti tak ramai kan..satu lg.. penah x kite bersyukur dgn makanan yg kite mkn setiap hari.. pnah x terpikir org2 yg x berkemampuan utk mmbeli makanan atau lg teruk kekurngan bekalan makanan... kite sebagai manusia lebih2 lagi umat islam harus bersyukur dg setiap nikmat yg ALLAh kurniakan kepada kite.. igat buka susah pon bersyukur,,, x pnjang pon,,, ucap alhamdulillah pon dah kire syukur kan.. renung2kan slamat beramal..

cara kenalpasti kulit babi

assalamualaikum pembuka bicara.. kali nie aku nk tunjukkan cara2 nk knalpasti kulit babi. pnting nie coz kite sbagai umat islam harus tahu. sbub ia dah byk kat pasaran hari nie..
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain. 


3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.


Sumber: http://kaki-haru.blogspot.com/2012/02/cara-mengenali-barang-diperbuat.html#ixzz1lg23hsA9 

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.

Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.

Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita akan membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita. 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia masih boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.

Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang silap dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.

wordless thursday..

assalamualaikum pembuka bicara.. hurmm buat kali pertama aku xda idea nk post apa2.. so tgk jelah gmbar nie hahaahha...

liga malaysia dah bermula.. skuad 2012 terengganu. peteh ganu peteh

assalamualaikum pembuka bicara.. berikut adalah senarai kesebelasan utama skuad terengganu 2012..
peteh ganu peteh..


SENARAI PEMAIN SKUAD TERENGGANU 2012
 Penjaga Gol
1. Sharbinee Alawee
2. Sharmiza Yusof
3. Mohd Shahril Saari



Pertahanan
4. Faizal Muhammad (Harimau Muda A)
5. Muhaimin Omar
6. Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
7. Nik Zul Aziz Nawawi
8. Hasmizan Kamaruddin
9. Mazlizam Mohammad
10. Zubir Azmi
11. Marzuki Yusof
12. Hariri Mohd Safii (Sabah)
13. Affize Faisal Mamat (Harimau Muda A)

Midfield
14. Reeshafiq Alwi
15. Ismail Faruqi
16. Shamsul Kamal Mohamad
17. Joseph Kalang Tie
18. Ahmad Nordin Alias
19. Shukur Jusuh (Harimau Muda A)
20. Ashaari Shamsuddin
21. Munir Amran (Pahang)
22. Fakhrurazi Musa

Penyerang
23. Abdul Hadi Yahya
24. Mohd Aalim Fahmi
25. Abdul Manaf Mamat

aku doakan agar skuad terengganu dpt menjulang piala malaysia, piala fa dan piala liga.. hidup ganu nelang woooo..


superbike.. bile nk merasa nie hahahahah

assalamualaikum pembuka bicara.. kali nie aku nk bercerita mngenai superbike atau dlm bahasa melayu motorsikal berkuasa tinggi.. ok skrang nie mkin byk gologan muda2 x kiralah lelaki or perempuan suka akn motorsikal berkuasa tinggi... sejak akhir2 nie makin byk plak diorg pkai.. perghh naik jeles aku hahah mklumlah x mampu lg..  berikut adalah top 5 motorsikal berkuasa tinggi yg pling best..

Yamaha YZF R1

 Honda CBR1100XX Blackbird

. MTT Turbine Superbike Y2K

Suzuki Hayabusa

 Dodge Tomahawk

dasyat2 kan motor2 tu.. bg aku lau dpt kawasaki ninja pon dah ok hahah yang 250cc. nk pkai 1000cc kat atas kna buat lesen baru.. ngee mlas plak hahahahah

moto idaman aku hahaahha
dah dpt yg nie pon ok jer hahah walaupon cc kecik